Klik
butang *PLAY* di bawah untuk mendengar temubual Irfan Khairi &
Zulkifli Bujang di Bernama, Radio24 mengenai program "Diploma Eksekutif
dalam Pemasaran Internet dan Media Sosial"
Saya mula mendapat
pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire
University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA.
Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh
dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya
sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.
Bekerja sebagai konsultan
kepada sebuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam
perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.
Namun, walaupun sebagai
seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di
universiti, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT
terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya gagal.
Sepanjang setahun, saya
berusaha, tetapi, mengalami kegagalan…
Ketika itu baru saya ketahui
bahawa apa yang saya belajar di universiti adalah ‘teori’ dan bukannya
‘praktikal’ yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya
belajar dan ketahui di universiti adalah berbeza dengan apa yang di
alami di dunia perniagaan sebenar.
Sejak itu, saya mula
menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan juga belajar dari mereka
yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok
belok, dan ‘rahsia’ berjaya dalam perniagaan.
"He (Irfan Khairi) is
an accomplished business man at a very young age. People like him
should be adjunct professors in Universities to teach others how to do
business and not those people who come from PHDs from universities
teaching business from text book. Because text book knowledge and real
street knowledge to be successful is two different things..."
-Prof.
Dato Dr. Ansary Director
of Asia eUniversity
Pertengahan tahun ini
(2011), saya mendapat tawaran dari Asia eUniversty dan Prof. Dato Dr.
Ansary selaku pengarah Asia eUniversity untuk menghasilkan sebuah modul
khas untuk masyarakat Malaysia dan pelajar antarabangsa tentang
perniagaan Internet di Asia eUniversity, School of Professional and
Executive Education (SPEED).
Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan
keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul
Eksekutif Diploma in Internet & Social Media Marketing.
Saya amat teruja atas
tawaran Asia eUniversity kepada saya untuk menghasilkan modul
keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi
juga bertaraf antarabangsa!
Apa yang paling menarik
sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan Asia
eUniversity adalah, ianya ‘business based learning’, bererti, pelajar
pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya
konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan
sendiri sepanjang modul 9 bulan yang disediakan. Perniagaan yang boleh
menjana keuntungan!
Pendekatan universiti ini
juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam
perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini. Oleh
itu, untuk intake pertama 2012, saya akan menjadi pensyarah untuk modul
keusahawanan Internet ini.
Klik play pada video di atas untuk menonton klip revolusi Internet dan
media sosial
Internet dan media sosial
telah mengubah bidang perniagaan, korporat dan juga kerajaan.
Pengetahuan dan ilmu pemasaran Internet dan media sosial adalah amat
penting di zaman IT ini sama ada untuk memulakan perniagaan,
meningkatkan keuntungan perniagaan dan juga menambah nilai karier anda.
Sekiranya anda beminat untuk
melanjutkan pelajaran sambil bekerja atau berniaga, saya amat
mengalu-alukan anda bersama saya untuk pengambilan 2012 Executive
Diploma in Internet and Social Media Marketing di Asia eUniversity.
Laman ini disediakan untuk
memudahkan anda mengikuti 5 langkah bagaimana anda boleh menyertai
kursus ini di Asia eUniversity. Teruskan
bacaan anda ke langkah 2!
Semoga kita berjumpa lagi,
-Irfan
Khairi Koordinator / Pensyarah
Teruskan ke Langkah 2 untuk maklumat lanjut AeU!
HakCipta
terpelihara 2011-2012 Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di
dalam laman web ini tidak boleh
di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik.